New Life Begins
New life begins for me.
My life turns to be 100 percent change due to my new career. Alhamdulillah for this rezeki Allah give to me and I feel so blessed, grateful and words cant describe anything. Sometimes I wonder these the all Duā I'm praying 5 years ago ? and also Duā from my great parents and family. This career taught me to be more tuff, thoughtful, independent, learn soft skills of life and work. Being a independent girl and being far from your family was the hardest part for me and it was not easy, but since little I've been raise to be like that and I love adventure so much. Tbh my parents was strict to me since Im little and Im used to be. But when im getting growing and being teenagers Im starting to being protest and I want to do everything in this world but I can't.
A lot of things happen to me but life must be goes on. I am really grateful and believe this is the best for me and my future. Kadang - kadang dalam hidup ini kita juga hilang arah tuju, rasa mcm give up, rasa beban berat sgt, rasa tak pernah cukup tapi percayalah rezeki Tuhan tu luas dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. I tahu semua orang ada jalan cerita hidup masing- masing, selalu I suka dengar bila kawan - kawan I curhatt pasal life dorg, minta opinion or anything sbb as for me bila I dgr citer dorg dari a - z kadang I bole related kan dgn hidup I yang mcm roda ni kejap kat atas kejap kt bawah. Ya betul setiap org diuji dengan jalan cerita sendiri. Hidup ni satu perjalanan yg sangat la jauh yang kau harus tempuh semua ujian kalau tak diuji bukan hidup la kan.
Dalam meniti arus dewasa ini, banyak sangat perubahan yang berlaku tanpa kita sedar, yang dulu dari remaja bercita - cita ingin jadi dewasa dan berjaya mencapai impian serta karier hidup, tapi tak semudah kata - kata itu untuk menggapai impian, tetap diuji untuk melihat semampu mana kita bertahan dan terus kuat menghidupkan impian yang dituju. Pucuk pangkalnya adalah terletak pada diri sendiri. Pelbagai bentuk ujian kehidupan kan macam keluarga, percintaan dan pasangan, kawan - kawan, diri sendiri dsb. Sedar tak sedar semua ujian tu actually sangat menguji mental dan fizikal kita sbb ada orang tak mampu nak bertahan, ada orang tak mampu nk amik risiko, ada orang tak mampu nk buat pilihan yg betul, ada orang tak mampu nak luahkan, banyak dan terlalu banyak untuk dihuraikan. Tapi setiap masalah pasti ada penyelesaian betul ?
Betul dalam hidup ini tak semua apa yang kita nak kita akan dapat tapi percaya pada rezeki yang Allah berikan. Jika dah tertulis rezeki kita di situ maka siapa kita utk menidakkan takdir. Siapa sangka sesuatu yang kita rasa mustahil itu adalah rezeki kita yang datang disaat kita telah diuji dgn macam macam perkara yang kita sendiri tak sangka kita mampu dan kuat bertahan untuk teruskan kehidupan.
Sejujurnya, I pn manusia biasa kadang rasa mcm tak mampu nak hadap semua ni tapi I pn kena ingat tak ada manusia yang hidupnya tidak diuji. Setiap org yang hidup pasti diuji cuma berbeza dari segi ujian yang dihadapi. Sampai disini dulu cerita kita, semoga berjumpa di lain waktu dan I doakan semoga dipermudahkan urusan kamu semua ya. Hidup ni mmg tak mudah tapi cari lah waktu untuk tenangkan diri sebentar supaya dapat menikmati perjalanan hidup ini dengan lancar walaupun badai melanda.
Ulasan
Catat Ulasan